Sertai Kami


Lanjutan perlaksanaan Transformasi Korporat Perbadanan Islam Johor (PIJ), kami, PIJ Holdings (PIJH) bertanggungjawab mengurus semua aktiviti komersil PIJ dengan berorientasikan rangka kerja sektor swasta bagi membina kekuatan kewangan supaya dapat disalurkan kepada PIJ untuk tujuan memajukan ekonomi orang Islam di Negeri Johor. Bersesuaian dengan perkembangan perniagaan dan penerapan nilai-nilai korporat, kami amat mengalu-alukan individu yang berminat dan ingin berkembang maju bersama-sama kami bagi memenuhi potensi mereka seterusnya melebarkan kerjaya mereka dalam suasana kerja yang berprestasi tinggi.

Kami berkehendakan individu yang terbaik iaitu anggota pekerja yang sentiasa bermotivasi, berkebolehan, berpengetahuan dan mempunyai kemahiran untuk membantu kami dan kumpulan bagi membina keuntungan yang mampan dan seterusnya mengekalkan daya saing dalam persekitaran perniagaan yang semakin mencabar kini.

Kami mengalu-alukan anda untuk membina masa depan bersama kami, hari ini. Keutamaan kami juga adalah untuk menjadi majikan pilihan yang mampu untuk menarik, mengekal dan membangunkan bakat-bakat terbaik dalam organisasi kami. Untuk tujuan ini, kami menyediakan pelan dan program yang selari dengan objektif organisasi dan merancang keperluan tenaga kerja dengan sewajarnya bagi tempoh jangka pendek dan jangka panjang berdasarkan kepada perubahan organisasi sebagaimana yang dijangkakan.

Marilah bersama-sama kami serta rebutlah peluang ini untuk meneroka pelbagai bidang yang boleh menjadi asas untuk anda membina kerjaya bersama kami.

Kekosongan Jawatan


PIJ Property Development Sdn. Bhd.

Eksekutif Juruukur Bahan
Johor Bahru, Johor

Jurutera Tapak
Johor Bahru, Johor

Eksekutif Muda Juruukur Bahan
Johor Bahru, Johor

Eksekutif Muda Projek
Johor Bahru, Johor

Penyelia Tapak
Johor Bahru, Johor

Koridor Utiliti (Johor) Sdn. Bhd.

Penolong Jurutera
Johor Bahru

Timbalan Pengurus ( Jurutera )
Johor Bahru, Johor

PIJ Manufacturing Sdn. Bhd.

Eksekutif Muda Pemasaran
Larkin, Johor Bahru

Kerani Akaun
Larkin, Johor Bahru

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2026 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 13.9.0