Jurutera Tapak


PIJ Property Development Sdn. Bhd.

Gred : G6
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1 kekosongan
Lokasi : Johor Bahru, Johor

Syarat Kelayakan


  • Memiliki sekurang-kurangnya 2 - 3 tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan tapak. 
  • Pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan lain – lain berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Umur 25 hingga 35 tahun.
  • Mahir menggunakan perisian AutoCAD, MS Project/Primavera & MS Office.
  • Memiliki pengetahuan teknikal & piawaian pembinaan.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi, penyeliaan & kerja berpasukan.
  • Sanggup ditempatkan di tapak projek & bekerja lebih masa.
     

Skop Tugas


  • Memantau kerja – kerja di tapak agar dilaksanakan mengikut pelan, spesifikasi teknikal dan jadual projek.
  • Menyelia kerja subkontraktor dan memastikan kualiti serta keselamatan kerja dipatuhi.
  • Mengurus pasukan teknikal di tapak termasuk pekerja mahir dan buruh.
  • Menyemak dan memastikan pelan – pelan pembinaan dan lukisan teknikal ( shop drawing ) adalah terkini dan tepat.
  • Berkoordinasi dengan jurutera perunding, arkitek dan kontraktor utama.
  • Membantu dalam membuat permintaan perubahan kerja ( VO – variation order ) dan menilai kesannya kepada kos serta jadual.
  • Memastikan kerja yang dijalankan mematuhi standard kualiti, spesifikasi dan peraturan keselamatan.
  • Menjalankan pemeriksaan di tapak serta menyediakan ” Site Inspection Report  ”.
  • Membantu melaksanakan prosedur Qlassic, CIDB dan audit berkaitan projek.
  • Menyediakan laporan harian tapak dan laporan kemajuan kerja.
  • Mengemaskini rekod bahan binaan, penggunaan peralatan dan kemajuan kerja.
  • Mengurus dan menyimpan semua dokumen berkaitan kerja tapak, termasuk sijil ujian bahan.
  • Menyelia penerimaan bahan di tapak dan memastikan kuantiti dan kualiti bahan adalah seperti dipesan.
  • Menyediakan permintaan pembelian bahan binaan.
  • Menyusun atur penyimpanan bahan di tepak agar selamat dan tersusun.
  • Menyediakan data atau maklumat tapak untuk digunakan dalam pelaporan kepada klien atau pihak pengurusan.
  • Membantu dalam penyediaan tuntutan pembayaran kepada kontraktor / subkontraktor.
  • Memberi maklumat teknikal kepada pasukan pengurusan berkaitan isu di tapak.
     

Berminat ?


Klik Di Sini Untuk Memohon

Permohonan boleh dibuat secara menghantar permohonan ke alamat e-mail di bawah. Permohonan mestilah dilengkapkan dengan menyertakan “resume” dan sijil-sijil yang berkaitan.

Alamat e-mail :
career@pijholdings.com

Tarikh Tutup :30/05/2026

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2026 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 13.9.0