Eksekutif Muda Juruukur Bahan


PIJ Property Development Sdn. Bhd.

Gred : G7
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1 kekosongan
Lokasi : Johor Bahru, Johor

Syarat Kelayakan


  • Pendidikan peringkat Diploma Juruukur Bahan dan lain – lain berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan;
  • Umur 22 hingga 35 tahun;
  • Memiliki kemahiran dalam menggunakan perisian Microsoft Excel dan Word;
  • Memiliki pengetahuan berkaitan penyelengaraan bangunan. 
     

Skop Tugas


  • Membantu menyediakan anggaran kos dan bajet;
  • Menyokong bagi penyediaan anggaran awal kos projek;
  • Membantu dalam penyediaan bajet dan memastikan ia dipatuhi sepanjang projek;
  • Membantu dalam penyediaan Dokumen Tender;
  • Menyokong dalam menyediakan Bill of Quantities (BQ);
  • Membantu dalam penyediaan dokumen tender dan perolehan;
  • Membantu bagi menyemak dan menganalisi dokumen tender daripada kontraktor / subkontraktor;
  • Membantu bagi menyemak dan menilai sebut harga daripada pembida;
  • Membantu dalam pemilihan kontraktor / subkontraktor berdasarkan harga dan kelayakan;
  • Membantu menyediakan dan menyemak draf kontrak;
  • Memastikan terma dan syarat dipatuhi oleh semua pihak terlibat;
  • Membantu menyediakan laporan kewangan dan aliran tunai projek;
  • Membantu menyemak dan mengesahkan tuntutan bayaran daripada kontraktor;
  • Membantu melakukan pengukuran kuantiti kerja sebenar di tapak                                             (”Site Measurement”);
  • Membantu dalam pengiraan kuantiti untuk pembayaran interim atau akhir;
  • Membantu menyediakan laporan mengenai kerja tambahan (”variation orders”);
  • Membantu menilai tuntutan bayaran tambahan daripada kontraktor;
  • Membantu menyediakan laporan kemajuan projek, laporan kos, dan laporan akhir projek;
  • Memahami dan mematuhi undang – undang kontrak, akta pembinaan (seperti CIDB Act), dan standard industri.
     

Berminat ?


Klik Di Sini Untuk Memohon

Permohonan boleh dibuat secara menghantar permohonan ke alamat e-mail di bawah. Permohonan mestilah dilengkapkan dengan menyertakan “resume” dan sijil-sijil yang berkaitan.

Alamat e-mail :
career@pijholdings.com

Tarikh Tutup :30/05/2026

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2026 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 13.9.0