Eksekutif Muda Pemasaran


PIJ Manufacturing Sdn. Bhd.

Gred : G7
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : 1 kekosongan
Lokasi : Larkin, Johor Bahru

Syarat Kelayakan


  • Pendidikan Diploma dalam bidang Pemasaran, Perniagaan, komunikasi atau dalam bidang yang setaraf dengannya.
  • Berumur 21 dan ke atas.
  • Memiliki kemahiran berkomunikasi dan perkhidmatan pelanggan yang baik.
  • Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pemasaran / jualan.
  • Komited, berkeyakinan dan bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan. 
     

Skop Tugas


  • Meningkatkan jumlah jualan melalui strategi pemasaran, penjenamaan dan digital ( Media Sosial ).
  • Menyelaras aktiviti perniagaan dengan pihak pembekal dan pengedar.
  • Mewakili syarikat dalam pameran, acara dan promosi.
  • Memeriksa kuantiti dan kualiti barangan sebelum pemasaran dan jualan.
  • Fokus dalam penjenamaan dan lapangan digital untuk mendekati pelanggan.
  • Membantu dalam penyediaan dan penganjuran bahan atau acara promosi; 
  • Mengumpul, meringkaskan, menganalisis, mengukur maklumat dan mengemas kini pengurusan tentang kemajuan aktiviti berkaitan jualan.
  • Semak & pantau hasil aktiviti sebenar berbanding sasaran yang ditetapkan.
     

Berminat ?


Klik Di Sini Untuk Memohon

Permohonan boleh dibuat secara menghantar permohonan ke alamat e-mail di bawah. Permohonan mestilah dilengkapkan dengan menyertakan “resume” dan sijil-sijil yang berkaitan.

Alamat e-mail :
career@pijholdings.com

Tarikh Tutup :30/05/2026

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2026 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 13.9.0