Eksekutif Juruukur Bahan


PIJ Property Development Sdn. Bhd.

Gred : G6
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1 kekosongan
Lokasi : Johor Bahru, Johor

Syarat Kelayakan


  • Pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan atau bidang yang setaraf denganya;
  • Memiliki sekurang-kurangnya 2 - 5 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan projek; 
  • Umur 25 tahun ke atas;
  • Kemahiran dalam menggunakan perisian Microsoft Excel dan Word;
     

Skop Tugas


  • Menyediakan anggaran kos projek (preliminary cost estimate) dan pelan bajet (cost planning) berdasarkan lukisan dan spesifikasi.
  • Menyediakan dan menyemak Bill of Quantities (BQ) serta dokumen tender.
  • Mengurus proses tender termasuk pemanggilan, penilaian, perbandingan harga dan cadangan pelantikan kontraktor.
  • Memantau dan mengawal kos projek agar selaras dengan bajet yang diluluskan.
  • Menyediakan laporan kos projek secara berkala (cost report) kepada pihak pengurusan.
  • Menilai dan mengurus variation order (VO) termasuk semakan, rundingan dan kelulusan.
  • Menyemak dan memperakukan tuntutan bayaran kemajuan (progress claim) daripada kontraktor.
  • Mengurus pentadbiran kontrak termasuk pematuhan kepada terma dan syarat kontrak.
  • Menyediakan dan memuktamadkan akaun akhir projek (final account).
  • Menyelaras dengan pihak perunding, kontraktor dan pasukan projek bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek.
  • Menghadiri mesyuarat tapak dan mesyuarat kemajuan projek.
  • Memastikan semua kerja berkaitan kos mematuhi piawaian industri dan garis panduan semasa. Menyediakan laporan dan analisis akaun belum terima dan belum bayar.

Berminat ?


Klik Di Sini Untuk Memohon

Permohonan boleh dibuat secara menghantar permohonan ke alamat e-mail di bawah. Permohonan mestilah dilengkapkan dengan menyertakan “resume” dan sijil-sijil yang berkaitan.

Alamat e-mail :
career@pijholdings.com

Tarikh Tutup :30/05/2026

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2026 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 13.9.0