Pembantu Eksekutif Muda Undang-undang


PIJ Holdings Sdn. Bhd.

Gred : G8
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1 kekosongan
Lokasi : Johor Bahru, Johor

Syarat Kelayakan


  • Berumur antara 17 - 30 tahun.
  • Pendidikan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Memiliki kemahiran menyusun dan merekod dokumen sulit Syarikat / Jabatan.
  • Komited, berkeyakinan dan bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan.

Skop Tugas


  • Mengurus, Menyusun dan menyimpan semua dokumen undang – undang seperti kontrak, perjanjian dan rekod kes. Menyediakan salinan dan mengarkibkan dokumen mengikut prosedur yang ditetapkan. 
  • Menyediakan draf dokumen undang – undang, surat rasmi dan laporan. Membantu dalam penyuntingan dan pengemaskinian dokumen untuk memastikan kepatuhan kepada undang – undang dan peraturan semasa.
  • Mengendalikan fail – fail kes undang – undang dengan teliti dan memastikan maklumat sulit disimpan dengan baik. Menyediakan fail mengikut keperluan kes atau permintaan jabatan.
  • Menyediakan fail mengikut keperluan kes atau isu undang undang untuk menyokong dalam penyediaan kes.
  • Memberikan sokongan pengurusan harian dalam jabatan undang-undang.
  • Memastikan kerahsiaan maklumat dan mematuhi undang – undang perlindungan data dalam setiap aspek pengurusan dokumen dan interaksi dengan klien.

Cara Permohonan


Permohonan boleh dibuat secara menghantar permohonan ke alamat e-mail di bawah. Permohonan mestilah dilengkapkan dengan menyertakan “resume” dan sijil-sijil yang berkaitan.

Alamat e-mail :
career@pijholdings.com

Tarikh Tutup :
31/01/2025

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2025 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 12.18.0