17 Feb 2025
Alhamdulillah, Program Executive Talk yang berlangsung pada 17 Februari 2025 di Renaissance Johor Bahru Hotel telah berjaya dianjurkan.
Program ini dianjurkan khusus untuk eksekutif dan pengurusan Kumpulan PIJ Holdings, yang berpeluang menimba ilmu serta memperkukuh strategi dalam perancangan organisasi.
Program ini disempurnakan oleh Tuan Abdul Malik bin Haji Ismail, Pengarah Urusan PIJ Holdings, dan Tuan Haji Md Asri bin Amir, Pengurus Besar PIJ Holdings
Personaliti hebat yang diundang menjadi penceramah adalah YBhg. Dato' Sri Ibrahim bin Ahmad yang merupakan Pengerusi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Beliau pernah dilantik menjadi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan bekas Ahli Lembaga Pengarah Johor Corporation (JCORP). Beliau telah berkongsi pandangan bernas mengenai transformasi organisasi dan hala tuju perancangan strategik, memberikan perspektif mendalam tentang cabaran serta peluang dalam era perubahan ini.
Semoga segala input yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam organisasi masing-masing