Eksekutif Muda Akaun / Pembantu Eksekutif Muda Akaun


PIJ Plantation & Agriculture Sdn. Bhd.

Gred : G8
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1 kekosongan
Lokasi : Ladang Zamrud, Kahang, Kluang

Syarat Kelayakan


  • Warganegara Malaysia. 
  • Berumur antara 22 - 30 tahun.
  • Pendidikan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Diploma dalam bidang Perakaunan, Kewangan atau apa-apa bidang yang berkaitan.
  • Memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik disemua peringkat.
  • Boleh dan sanggup bekerja di lokasi pejabat perladangan.
  • Komited, berkeyakinan dan bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan.

Skop Tugas


  • Proses gaji pekerja (checkroll), menyediakan gaji pekerja.
  • Menyediakan sijil bayaran pemborong sebagaimana diarahkan.
  • Menyediakan dan memastikan laporan kewangan ladang siap selewat-lewatnya pada hari ke 10 setiap bulan sebagaimana arahan ibupejabat. 
  • Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran seperti menyediakan surat menyurat, sistem fail, database pekerja, KWSP dan SOCSO. 
  • Merekod cuti pekerja dan mengemaskini fail cuti pekerja.
  • Membantu Pengurus Ladang menyediakan laporan berkaitan dan laporan kemajuan ladang bulanan.
  • Menyediakan belanjawan ladang setiap tahun. 
  • Mengemaskini rekod berkaitan pekerja Indonesia. 
  • Sentiasa bersedia menerima arahan dari pihak pengurusan ladang dan ibupejabat. 
  • Memastikan keadaan pejabat sentiasa kemas dan bersih serta semua komputer berfungsi dengan baik.

Cara Permohonan


Permohonan boleh dibuat secara menghantar permohonan ke alamat e-mail di bawah. Permohonan mestilah dilengkapkan dengan menyertakan “resume” dan sijil-sijil yang berkaitan.

Alamat e-mail :
career@pijholdings.com

Tarikh Tutup :
20/10/2024

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2025 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 12.18.0