PEGAWAI KHAS (SETIAUSAHA) PENGARAH URUSAN


PIJ Holdings Sdn. Bhd.

Gred : G6
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1 kekosongan
Lokasi : Johor Bahru, Johor

Syarat Kelayakan


  • Memiliki sekurang-kurangnya 3 - 5 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan seperti pentadbiran, pengurusan, atau peranan eksekutif lain;
  • Pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia, Ekonomi atau bidang – bidang yang berkaitan;
  • Mempunyai kelayakan profesional tambahan seperti Certified Professional Secretary (CPS) adalah suatu kelebihan;
  • Kecekapan dalam menggunakan perisian pejabat seperti Microsoft Office, Perisian Pengurusan Penjabat dan Komunikasi adalah sangat penting;
  • Keupayaan untuk mengendalikan maklumat yang sensitif dengan kerahsiaan yang tinggi;
  • Komited, berkeyakinan dan bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan.

Skop Tugas


  • Memastikan bilik Pengarah Urusan berada dalam keadaan bersih dan teratur;
  • Mengatur serta mengemaskini temujanji serta mesyuarat – mesyuarat dalaman / luaran dan seterusnya memaklumkan kepada Pengarah Urusan pada setiap hari;
  • Mencatit segala temujanji, mesyuarat dan majlis – majlis rasmi dalam dairi Pengarah Urusan;
  • Mengambil minit mesyuarat, menyediakan surat / kertas kerja / nota maklumbalas serta penyediaan fail – fail yang berkaitan;
  • Menyelaras dan menguruskan majlis – majlis rasmi, lawatan dan taklimat Pengarah Urusan;
  • Membuat tempahan tiket penerbangan / penginapan untuk Pengarah Urusan dan Pegawai Syarikat serta berurusan dengan pihak yang berkaitan bagi tujuan tempahan;
  • Membuat tuntutan perjalanan / perbelanjaan yang layak bagi Pengarah Urusan mengikut Syarikat yang berkaitan;
  • Menguruskan surat – surat / cek atau dokumen yang berkaitanuntuk ditandatangani oleh Pengarah Urusan mengikut Jabatan / Syarikat dalam Kumpulan;
  • Membantu menyediakan teks ucapan Pengarah Urusan;
  • Membuat dan menjawab panggilan masuk telefon Pejabat Pengarah Urusan;
  • Menyediakan minuman untuk tetamu yang berurusan dengan Pengarah Urusan;
  • Menjalankan tugas – tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Urusan dari semasa ke semasa;

Cara Permohonan


Permohonan boleh dibuat secara menghantar permohonan ke alamat e-mail di bawah. Permohonan mestilah dilengkapkan dengan menyertakan “resume” dan sijil-sijil yang berkaitan.

Alamat e-mail :
career@pijholdings.com

Tarikh Tutup :
18/08/2024

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2025 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 12.13.0