Perancang Bandar


Koridor Utiliti (Johor) Sdn. Bhd.

Gred : G5
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1 kekosongan
Lokasi : Johor Bahru

Syarat Kelayakan


  • Berumur antara 28 - 32 tahun.
  • Pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Berpengalaman antara 3 - 5 tahun dalam bidang perancangan bandar, pembangunan, infrastruktur utiliti, Firma perunding perancang bandar dan pemaju hartanah.
  • Memiliki kemahiran GIS dan Data ( ARCGIS / QGIS )
  • Memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik di semua peringkat terutama peringkat pelaksanaan.
  • Mempunyai kemahiran teknikal perancangan dan telah berdaftar sebagai perancang bandar.
  • Memiliki keahlian Malaysia Institute Of Planners ( MIP ).

Skop Tugas


  • Menyediakan perancangan dan cadangan koridor utiliti bagi kawasan pembangunan baharu.
  • Menilai dan menyemak permohonan/cadangan pembangunan dari aspek keperluan utiliti dan infrastruktur.
  • Menyelaras urusan teknikal bersama pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, pemaju dan pemegang utiliti.
  • Menyediakan ulasan teknikal, laporan, kertas cadangan dan dokumen berkaitan perancangan pembangunan bagi pihak syarikat.
  • Melaksanakan analisis data spatial dan penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi tujuan perancangan dan pemetaan utiliti.
  • Memastikan pematuhan terhadap dasar, garis panduan dan perundangan perancangan bandar yang berkuat kuasa. 
  • Membantu pihak pengurusan dalam merancang pembangunan koridor utiliti yang strategik dan mampan.
  • Membantu Ketua Pegawai Operasi dalam penyediaan Pelan Induk (Master Plan) KUJ serta perancangan strategik syarikat.
  • Menyediakan laporan, kertas cadangan dan dokumen teknikal berkaitan pembangunan dan perancangan utiliti.

Berminat ?


Klik Di Sini Untuk Memohon

Permohonan boleh dibuat secara menghantar permohonan ke alamat e-mail di bawah. Permohonan mestilah dilengkapkan dengan menyertakan “resume” dan sijil-sijil yang berkaitan.

Alamat e-mail :
career@pijholdings.com

Tarikh Tutup :31/07/2026

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2026 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 13.9.0