Pengurus Operasi


Koridor Utiliti (Johor) Sdn. Bhd.

Gred : G3
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1 kekosongan
Lokasi : Johor Bahru

Syarat Kelayakan


  • Berumur antara 38 - 45 tahun.
  • Pendidikan sekurang - kurangnya peringkat Ijazah / Sarjana ( Master ) dalam bidang Kejuruteraan Awam / Pengurusan Projek / Perancangan Bandar Dan Wilayah / Pengurusan Pembinaan.
  • Berpengalaman antara 10 - 15 tahun dalam bidang utiliti, infrastruktur, pembinaan operasi teknikal atau pengurusan projek.
  • Memiliki pengiktirafan bertaraf pendaftaran professional seperti Technologist   ( TS ), Graduate Professional Engineer ( Ir. ).
  • Memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik di semua peringkat terutama peringkat pengurusan.

Skop Tugas


  • Mengurus, menyelaras dan memantau keseluruhan operasi harian KUJ agar berjalan lancar, teratur dan berkesan.
  • Menterjemahkan hala tuju strategik dan keputusan Lembaga Pengarah serta Ketua Pegawai Operasi (COO) ke dalam pelaksanaan operasi.
  • Menyediakan laporan Bahagian Projek berkaitan perancangan, isu dan permasalahan, pelan tindakan, pelaksanaan serta status semasa permohonan yang diterima oleh syarikat.
  • Menetapkan dan memantau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) operasi selaras dengan sasaran syarikat.
  • Menilai kecekapan proses kerja serta mencadangkan penambahbaikan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan.
  • Menambah baik prosedur kerja (SOP), aliran proses dan sistem operasi untuk memastikan kecekapan dan pematuhan.
  • Membuat semakan dan penambahbaikan ke atas Buku Garis Panduan KUJ bagi tujuan penyelarasan dan rujukan.
  • Memberi input operasi bagi penyediaan laporan kepada Lembaga Pengarah.
  • Mengadakan pembentangan dan sesi rundingan bersama jabatan dan agensi kerajaan di peringkat negeri dan daerah seperti Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), JKR dan JPS berkaitan proses permohonan izin lalu dan permit KUJ.
  • Mengadakan rundingan dan pembentangan teknikal bersama agensi luar (negeri dan persekutuan), pihak industri termasuk penyedia utiliti, pemaju hartanah, perunding perancangan pembangunan serta rakan niaga strategik KUJ.
  • Menjalinkan hubungan kerja, komunikasi serta kerjasama yang baik dengan pihak luar khususnya pihak kerajaan, industri dan rakan niaga strategik syarikat.
  • Menghadiri mesyuarat-mesyuarat teknikal di peringkat daerah, negeri dan persekutuan yang melibatkan syarikat serta memberikan ulasan teknikal bagi pihak syarikat mengikut keperluan.
     

Berminat ?


Klik Di Sini Untuk Memohon

Permohonan boleh dibuat secara menghantar permohonan ke alamat e-mail di bawah. Permohonan mestilah dilengkapkan dengan menyertakan “resume” dan sijil-sijil yang berkaitan.

Alamat e-mail :
career@pijholdings.com

Tarikh Tutup :31/07/2026

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2026 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 13.9.0