Jurutera


Koridor Utiliti (Johor) Sdn. Bhd.

Gred : G6
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1 kekosongan
Lokasi : Johor Bahru

Syarat Kelayakan


  • Berumur antara 27 - 35 tahun.
  • Pendidikan peringkat Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Awam.
  • Berpengalaman antara 3 - 5 tahun dalam bidang utiliti, infrastruktur, pembinaan operasi teknikal atau pengurusan projek dan pengurusan dara GIS.
  • Berpengalaman antara 5 – 7 tahun dalam perancangan serta pembangunan pembinaan projek berkaitan utiliti.
  • Memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik di semua peringkat terutama peringkat pelaksanaan.
  • Mempunyai “interpersonal skills’ yang sangat baik dan boleh membuat pembentangan serta berkomunikasi dengan baik kepada pengurus, anggota pekerja serta pihak luar.
  • Memiliki pengetahuan dalam penggunaan perisian AutoCad.

Skop Tugas


  • Membantu dalam pengurusan permohonan kelulusan izin lalu dan permit di Jabatan Operasi.
  • Membantu Timbalan Pengurus Operasi dalam pengurusan, pemantauan dan penyeliaan penyelia tapak mengikut kawasan atau daerah yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
  • Membantu Timbalan Pengurus Operasi dalam penyediaan laporan berkaitan status permohonan dan kelulusan izin lalu dan permit bagi setiap projek/permohonan yang berbangkit.
  • Membantu Timbalan Pengurus Operasi dalam penyediaan laporan dan ulasan teknikal bagi setiap projek yang dikemukakan atau perkara berbangkit berkaitan projek yang dikemukakan kepada Syarikat.
  • Mengenal pasti dan menambah baik sistem/proses permohonan izin lalu dan permit di peringkat agensi.
  • Mengemas kini sistem/data permohonan dan kelulusan izin lalu dan permit dari masa ke semasa.
  • Menghadiri mesyuarat teknikal dalaman dan luar seperti yang diarahkan oleh Timbalan Pengurus Operasi.
  • Membantu Timbalan Pengurus Operasi di dalam mengeluarkan ulasan teknikal di peringkat kebenaran merancang.
  • Mengemas kini dan menyediakan laporan berkaitan status permohonan izin lalu dan permit permohonan

Berminat ?


Klik Di Sini Untuk Memohon

Permohonan boleh dibuat secara menghantar permohonan ke alamat e-mail di bawah. Permohonan mestilah dilengkapkan dengan menyertakan “resume” dan sijil-sijil yang berkaitan.

Alamat e-mail :
career@pijholdings.com

Tarikh Tutup :31/07/2026

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2026 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 13.9.0