Eksekutif Muda Pendaftaran Dan Pematuhan


Koridor Utiliti (Johor) Sdn. Bhd.

Gred : G7
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1 kekosongan
Lokasi : Johor Bahru

Syarat Kelayakan


  • Berumur antara 24 - 30 tahun.
  • Pendidikan peringkat Diploma Pentadbiran Perniagaan / Pengurusan Rekod.
  • Berpengalaman 2- 3 tahun.
  • Memiliki pengalaman kerja dalam bidang pengurusan rekod dan fail, pentadbiran projek, pengurusan data dan sistem aplikasi.
  • Mempunyai “interpersonal skills’ yang sangat baik serta berkomunikasi dengan baik.
  • Memiliki kemahiran perisian komputer Microsoft word, Excel dan Powerpoint.

Skop Tugas


  • Melakukan penerangan proses permohonan (asas) dan dokumen-dokumen yang diperlukan sepertimana dalam senarai semak dengan baik dan sopan kepada pihak pemohon.
  • Bertanggungjawab dalam menyemak dan menerima dokumen-dokumen permohonan daripada pihak pemohon.
  • Membatalkan fail permohonan yang tidak aktif mengikut senarai yang diberikan dan kriteria yang telah ditetapkan.
  • Menyediakan surat rasmi pembatalan fail permohonan.
  • Melaksanakan salinan digital bagi dokumen berkaitan sebelum dilupuskan, khususnya bagi fail permohonan yang telah ditutup sepenuhnya dan melebihi tempoh (5) tahun.
  • Mengasingkan dan mengumpul fail projek yang tidak aktif atau batal selepas semakan, memastikan tiada bayaran tuntutan tertunggak sebelum pelupusan.
  • Melaksanakan proses pelupusan fail mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Memastikan susun atur fail-fail permohonan berada dalam keadaan teratur, kemas dan disimpan dalam keadaan baik dan selamat.
  • Membantu menerima dan menyimpan surat-surat/dokumen berkaitan ke dalam fail projek.

Berminat ?


Klik Di Sini Untuk Memohon

Permohonan boleh dibuat secara menghantar permohonan ke alamat e-mail di bawah. Permohonan mestilah dilengkapkan dengan menyertakan “resume” dan sijil-sijil yang berkaitan.

Alamat e-mail :
career@pijholdings.com

Tarikh Tutup :31/07/2026

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2026 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 13.9.0