Pengurus Projek / Timbalan Pengurus (Jurutera)


Koridor Utiliti (Johor) Sdn. Bhd.

Gred : G3
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : 1 kekosongan
Lokasi : Johor Bahru

Syarat Kelayakan


  • Berumur antara 35 - 47 tahun
  • Pendidikan peringkat Ijazah / Sarjana / PHD dalam bidang Kejuruteraan Awam / Perancang Bandar / Pengurusan Projek.
  • Berpengalaman antara 5 - 7 tahun dalam bidang pembinaan projek dan pengurusan projek.
  • Berpengalaman antara 5 – 7 tahun dalam perancangan serta pembangunan pembinaan projek berkaitan utiliti.
  • Memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik di semua peringkat terutama peringkat pelaksanaan.

Skop Tugas


  • Memastikan pelaksanaan pengurusan permohonan kelulusan izin-lalu dan permit di    Bahagian Projek berjalan dengan teratur dan mengikut perancangan dan berpandukan kepada polisi atau prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
  • Menyediakan laporan di Bahagian Projek, berkaitan perancangan, permasalahan dan pelan tindakan, perlaksanaan, dan status semasa permohonan yang diterima oleh Syarikat.
  • Membantu Pengurus Kanan diperingkat pelaksanaan projek (pengurusan izin-lalu dan permit) mengikut polisi dan prosedur yang telah ditetapkan diperingkat pengurusan tertinggi.
  • Membantu Pengurus Kanan dalam memberikan ulasan teknikal yang berkaitan bagi setiap projek/permohonan yang dikemukakan kepada Syarikat.
  • Mengeluarkan ulasan teknikal (sokongan / penangguhan / kebenaran gunapakai permit) diperingkat perancangan dan pelaksanaan projek bagi setiap permohonan izin-lalu dan permit.
  • Mengadakan rundingan/pembentangan teknikal bersama Jabatan kerajaan diperingkat negeri/daerah (Pejabat Daerah, PBT, JKR dan JPS) berkaitan perancangan/pelaksanaan projek pembangunan utiliti yang dalam perancangan dan pelaksanaan.
  • Mengadakan rundingan/pembentangan teknikal bersama agensi luar (negeri/persekutuan), pihak-pihak industri (penyedia utiliti, pemaju hartanah, perunding perancangan pembangunan hartanah), dan rakan niaga strategik KUJSB di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek.
  • Menyelaras bersama Jurutera/Penolong Jurutera bagi penyediaan dan pengeluaran ulasan kerja-kerja utiliti kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC).
  • Menjalinkan hubungan kerja, komunikasi serta kerjasama yang baik dengan pihak-pihak luar terutamanya pihak kerajaan dan juga pihak-pihak industri serta rakan niaga strategik Syarikat.
  • Menghadiri mesyuarat-mesyuarat teknikal yang melibatkan Syarikat dan memberikan ulasan teknikal bagi pihak Syarikat sepertimana yang diarahkan oleh Pengurus Kanan di peringkat negeri dan daerah.
  • Memantau dan menyelia kakitangan di Bahagian Operasi / Projek.
  • Mengenalpasti dan menambahbaik sistem/proses permohonan izinlalu dan permit diperingkat agensi.
  • Mengemaskini sistem/data permohonan dan kelulusan izinlalu dan permit dari masa ke semasa.

Cara Permohonan


Permohonan boleh dibuat secara menghantar permohonan ke alamat e-mail di bawah. Permohonan mestilah dilengkapkan dengan menyertakan “resume” dan sijil-sijil yang berkaitan.

Alamat e-mail :
career@pijholdings.com

Tarikh Tutup :
13/04/2026

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2026 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 13.2.0