Eksekutif Muda Pentadbiran


PIJ Manufacturing Sdn. Bhd.

Gred : G7
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : 1 kekosongan
Lokasi : Larkin, Johor Bahru

Syarat Kelayakan


  • Berumur antara 22 – 30 tahun
  • Pendidikan Diploma dalam bidang pentadbiran, sumber manusia dan pengurusan perniagaan atau apa-apa bidang yang berkaitan.
  • Memiliki pengalaman dalam bidang pentadbiran dan pengurusan pejabat.
  • Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft seperti Word, Excel dan Powerpoint.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi profesional yang berkesan secara lisan dan bertulis bagi urusan Syarikat.

Skop Tugas


  • Menyusun, megemaskini dan menyelenggara fail pejabat ( fizikal & digital ).
  • Mengurus surat-menyurat rasmi Syarikat.
  • Menyediakan minit mesyuarat, laporan bulanan dan dokumen sokongan pengurusan.
  • Mengurus keperluan logistic pejabat.
  • Menyokong pengurusan jadual, temujanji dan urusan rasmi Syarikat.
  • Bertindak sebagai penghubung antara Jabatan/kontraktor/vendor untuk kelancaran projek.
  • Memastikan semua dokumen operasi dipatuhi mengikut piawaian Syarikat dan pihak berkuasa.
  • Membantu dalam persediaan mensyuarat projek termasuk laporan status, bahan pembentangan & dokumentasi.
  • Menyediakan minit mesyuarat, memo Syarikat.
  • Memastikan dokumen Syarikat berkaitan peraturan halal, SSM, lesen operasi, permit sentiasa diperbaharui.
  • Mengurus fail dan dokumen Syarikat.
  • Menyediakan dan mengurus dokumen operasi projek.
  • Menyediakan  laporan perkembangan projek untuk pengurusan atasan / Lembaga pengarah.
  • Mengurus rekod perolehan, kontrak, “purchase order”.
  • Membantu dalam menyediakan kertas Cadangan projek dan dokumentasi tender.

Cara Permohonan


Permohonan boleh dibuat secara menghantar permohonan ke alamat e-mail di bawah. Permohonan mestilah dilengkapkan dengan menyertakan “resume” dan sijil-sijil yang berkaitan.

Alamat e-mail :
career@pijholdings.com

Tarikh Tutup :
13/04/2026

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2026 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 13.2.0