Jurutera / Penolong Jurutera Kanan


Koridor Utiliti (Johor) Sdn. Bhd.

Gred : G5
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : 1 kekosongan
Lokasi : Johor Bahru

Syarat Kelayakan


  • Berumur antara 30 - 35 tahun
  • Pendidikan peringkat Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Awam / Perancang Bandar / Pengurusan Projek.
  • Berpengalaman antara 5 - 7 tahun dalam bidang pembinaan projek dan pengurusan projek.
  • Berpengalaman antara 5 – 7 tahun dalam perancangan serta pembangunan pembinaan projek berkaitan utiliti.
  • Memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik di semua peringkat terutama peringkat pelaksanaan.
  • Mempunyai “interpersonal skills’ yang sangat baik dan boleh membuat pembentangan serta berkomunikasi dengan baik kepada pengurus, anggota pekerja serta pihak luar.
  • Komited, berkeyakinan dan bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan.
     

Skop Tugas


  • Membantu dalam pengurusan permohonan kelulusan izin-lalu dan permit di bahagian projek.
  • Membantu Pengurus Projek / Timbalan Pengurus (Jurutera) dalam pengurusan, pemantauan dan penyeliaan penyelia tapak mengikut kawasan atau daerah yang ditetapkan dari semasa kesemasa.
  • Membantu Pengurus Projek / Timbalan Pengurus (Jurutera) dalam penyediaan laporan berkaitan status permohonan dan kelulusan izin-lalu dan permit bagi setiap projek/permohonan yang berbangkit.
  • Membantu Pengurus Projek / Timbalan Pengurus (Jurutera) dalam penyediaan laporan dan ulasan teknikal bagi setiap projek yang dikemukakan atau perkara berbangkit berkaitan projek yang dikemukakan kepada Syarikat.
  • Mengenalpasti dan menambahbaik sistem/proses permohonan izin lalu dan permit diperingkat agensi.
  • Mengemaskini sistem/data permohonan dan kelulusan izinlalu dan permit dari masa ke semasa.
  • Menghadiri mesyuarat teknikal dalaman dan luar seperti yang diarahkan oleh Pengurus Projek/Tim. Pengurus.
  • Membantu Pengurus Projek/Tim. Pengurus di dalam mengeluarkan ulasan teknikal di peringkat kebenaran merancang.
  • Mengemaskini dan menyediakan laporan berkaitan status permohonan izin-lalu dan permit permohonan.
  • Berkolaborasi dengan penyedia utiliti, pihak berkuasa dan kontraktor pelaksanaan di dalam menguruskan permohonan izinlalu dan permit.
  • Menghadiri mesyuarat teknikal dalaman dan luar seperti diarahkan oleh Pengurus Projek/Tim. Pengurus
  • Bersedia menerima arahan daripada Pengurus Projek dari semasa ke semasa mengikut keperluan semasa.

Cara Permohonan


Permohonan boleh dibuat secara menghantar permohonan ke alamat e-mail di bawah. Permohonan mestilah dilengkapkan dengan menyertakan “resume” dan sijil-sijil yang berkaitan.

Alamat e-mail :
career@pijholdings.com

Tarikh Tutup :
13/04/2026

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2026 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 13.2.0