EKSEKUTIF KANAN HALAL


PIJ Halal Ventures Sdn. Bhd.

Gred : G5
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : 1 kekosongan
Lokasi : Johor Bahru, Johor

Syarat Kelayakan


  • Berumur antara 25 tahun dan ke atas.
  • Pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Dalam Bidang Berkaitan Halal, Teknologi Makanan, Sains Makanan atau apa-apa bidang yang berkaitan.
  • Memiliki minimum 3 tahun pengalaman dalam bidang Halal, termasuk 
  • Memiliki Pensijilan Profesional Halal, termasuk bimbingan, audit, latihan atau permohonan sijil Halal.
  • Mempunyai pengalaman berurusan dengan pihak JAKIM, JAIN, pembekal dan industri adalah satu kelebihan.

Skop Tugas


  • Menyediakan latihan dan khidmat bimbingan Halal kepada pelanggan / usahawan berkaitan pematuhan standard Halal Malaysia (MS 1500, MS 2424, MS 2200, dan lain-lain).
  • Menyelia proses dokumentasi dan permohonan sijil halal bagi pihak pelanggan termasuk semakan dokumen, susun atur premis dan pematuhan syarat JAKIM / JAIN.
  • Menyediakan pelan tindakan dan laporan berkala perkembangan permohonan sijil halal klien.
  • Melaksanakan audit dalaman halal bagi pihak klien dan menyediakan laporan penambahbaikan.
  • Bertindak sebagai penghubung utama antara klien dan pihak berkuasa berkaitan seperti JAKIM, JAIN, dan pembekal bahan mentah.
  • Membantu dalam pembangunan modul latihan, bahan pembelajaran dan penyampaian kursus Halal.
  • Menyokong aktiviti pemasaran dan promosi berkaitan perkhidmatan Halal syarikat.
  • Menyediakan laporan kemajuan kerja kepada pihak pengurusan.
  • Menghadiri tugasan luar dan lawatan pemantauan ke premis klien apabila diperlukan.

Cara Permohonan


Permohonan boleh dibuat secara menghantar permohonan ke alamat e-mail di bawah. Permohonan mestilah dilengkapkan dengan menyertakan “resume” dan sijil-sijil yang berkaitan.

Alamat e-mail :
career@pijholdings.com

Tarikh Tutup :
14/05/2025

Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2025 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 12.7.2