"Exit Conference" Program Pematuhan Secara Libat Urus LHDN Bersama Kumpulan PIJ Holdings


19 Aug 2024

Pada 19 Ogos 2024, satu mesyuarat "Exit Conference" antara LHDN dan Kumpulan PIJ Holdings telah diadakan sebagai penutup kepada Program Pematuhan Secara Libat Urus LHDN Bersama Kumpulan PIJ Holdings. Program ini bermula 25 Julai 2024 bertujuan melaksanakan pengauditan yang merangkumi audit cukai syarikat dan audit majikan secara komprehensif dan teratur.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Tuan Haji Abdul 'Alim bin Abd. Shukor, Pengarah Urusan Kumpulan PIJ Holdings, Tuan Haji Md. Asri bin Amir, Pengurus Besar PIJ Holdings, Puan Siti Radiah Abdul Samad, Pengawal Kewangan Kumpulan, barisan Ketua Syarikat Subsidiari, barisan ketua jabatan dan anggota pekerja yang terlibat mewakili Kumpulan PIJ Holdings.

Manakala, LHDN diwakili oleh Puan Shifaak binti Md Amin, Pengarah Negeri, Ruzilla binti Ibrahim, Pengurus Audit, Muna Liza binti Janis, Pengarah Operasi dan barisan pegawai audit syarikat


Hakcipta Terpelihara © 1995 - 2025 PIJ Holdings Sdn. Bhd. | No. Syarikat 197901000929 (45183-T)
versi 12.7.2